[ menangis atas kejahilan sendiri ]

February 25, 2012

assalamualaikum, hye dan selamat sejahteraa. :)

okeh, mahu tacink2 laa. tp, tak tahu mahu tacink sbb apa? oleh kerana 2bulan tak update blog. begini gila jadinyaa. mahu ceritaa, lupa sudah hal kelmarin2. kan? siapa mahu ingat hal masa lampau? :(

diri ini sangat sedih, sedih atas kejahilan diri sendiri. kejahilan yang mungkin dihadapi oleh segelintir remaja yang ingin mencari identiti diri masing2. kalau lelaki mungkin terpengaruh dengan gejala2 yang tidak sihat seperti merokok, minum benda yang memabukkan, merempit ahh segalanyaa la. tension aku. macam aku tengah buat karangan bahasa melayu pula. keh keh :DD

kejahilan yang aku miliki ohmai sangat memalukan. kenapa aku menjadi begini di saat2 aku inginkan bantuan daripadaNya. setiap hari angakt dua belah tangan untuk berdoa, sujud di atas sejadah. menangis serta berdoa dalam hati di sujud yang terakhir memohon ampun kepadaNya. tetapi, apa balasan yang saya buat untukNya? apa yang saya dapat beri kepadaNya. aku sedih kerana cuma pandai meminta2 tetapi tak pandai membalas budi :( kenapa aku jadi begini?

kenapa masa SPM semakin dekat, aku semakin menjauh daripada yang terutama, yang aku kasihi yang aku perlu sehabis sayang daripada hal duniawi. ohmai inikah namanya pengaruh dunia untuk melupakan di atas? kekasihku ALLAH, aku memuji2 kebesarannya dan aku berbangga menjadi umatnya. tetapi, agamaku seperti terletak pada nama ISLAM sahaja tetapi tidak mendalaminya dengan penuh minat ataupun khusyuk.

aku terlampau terjerumus ke dalam hal duniawi sahaja dan menyebabkan perkara2 yang paling utama untuk mendekatkan diri kepadaNya juga terbantut atas kepenatan dalam hal sukan2 ini. saya teramat sedih dan malu dengan Allah :(( . dia sudah memberi nikmat yang banyak kepadaku tetapi langsung tidak menghargai apa yang diberi. terasa malu yang teramat sebagai hambanyaa. malu kerana tidak bersyukur dengan nikmatnyaa. maafkan aku ya Allah?

dahulu, solat, baca AL-QURAN sentiasa diamalkan setiap pagi dan hari. ibu saya sangat bangga kerana anak daranya pandai membaca Al-quran pada usia yang sangat muda dan tanpa meminta tunjuk ajar daripadanya langsung. apa yang aku rasa pada saat itu, sebelum aku pandai membaca kitab Allah, diriku sangat yakin bahawa aku mampu dan pasti akan dapat membacanya dengan lancar sekali. aku juga tidak pernah sekalipun tinggal solat, menengking ibu malah bergaduh dengannya. tetapi, sejak aku mula meniti ke arah dewasa. aku mula merasa diri ini semakin jauh daripada kasih Allah dan kasih kepada ibu. mengapaa?

aku juga teramat sedih apabila memikirkan jika ibuku sudah tiada lagi? siapa yang akan menjaga diriku yang daif ini? siapa yang sanggup menjaga kenakalan yang aku adaa? siapa yang sanggup memberi aku makan dan minumku? siapa yang sanggup memberi seluruh kasihnya yang murni itu untukku selain dariada ibuku? siapaa? tiadaa! :( ayahku? yang sudah lama pergi meninggalkan aku dengan ibuku? aku tidak sanggup kehilangan ibuku setelah kehilangan ayahku. aku teramat sedih dengan keadaan ibuku yang sekarang ini. dia amat lemah tetapi dia kuat melayan karenahku yang nakal ini. terima kasih ibu :)

aku kadangkala emosi tidak tentu pasal, yang kena orang terdekat aku yang amat aku sayangi iaitu ibuku. sedih aku bila memikirkannya kembali. emosiku tidak stabil. sangat2 tidak stabil :(
sekarang umurnya sudah menjangkau 57 tahun. semakin lama semakin meningkat. dan tujuanku sebelum dia pergi adalah untuk memberikan kejayaan yang dia sangat2 inginkan daripada dulu. ingin melihat aku cemerlang gemilang dan terbilang. semasa upsr, dia tidak sedih tetapi kecewa. semasa pmr, dia gembira dan bersyukur dengan keputusanku yang bolehlah dianggap cemerlang tetapi bagiku tidak. ianya sangat mengecewakan apatah lagi ibuku? apa yang aku minta dia beri, segala2nyaa. sehingga wang yang dia gunakan entah berapa ribu sudah dia korbankan untukku.

harapanku sebelum dia pergi ke alam lain adalah menadahkan sijil yang berisi dengan 10A+ dengan terharu serta gembiraa. tidak ku dapat bayangkan bagaimana reaksinya jika aku dapat keputusan yang cemerlang sebegitu. akan aku peluknya tanpa rasa segan silu dan malu yang teramat. diriku terasa sungguh kerdil di hadapannya. dia sentiasa tidak tinggal solat, tetapi aku? seperti chipsmore, sekejap solat sekejap tertinggal. huhu, apalah jadi dengan diriku ini?

oleh yang demikian, aku akan berhempas-pulas belajar dengan gian dan bertawakkal dengan ketentuannya. dalam dunia ini, aku cuma mencari keredhaanNYA dan juga hidayahNya. insyaAllah, setelah aku habis aktif dalam hal2 seperti perbahasan dan sukan2. aku akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasku sebagai pelajar yang ingin mendapatkan keputusan cemerlang. jika orang lain dapat, mengapa aku tidak? aku akan fokus cuma satu, belajar dengan ikhlas bukan cuma kerana untuk cemerlng semata2 tetapi untuk menerima keikhlasan dalam perjuangan mencari ilmu di duniaa. seperti kata SYEIKH ABDUH MUHAMMAD( dalm buku sejarah FORM 5 ada tuh, yang gerakan islah2 tuh) bukan cuma di akhirat kita ingat tetapi dunia juga harus diingat. dunia dan akhirat harus diseimbangkan dengan baik.


oleh itu, cara2 untuk mendapatkan 10A+ itu adalah dengan melupakan segala facebook, messaging dan juga aktif dalam sukan. bulan 3 off semuaa, betul ka tindakan saya ni? mohon kaka2 yang jauh lebih berpengalaman dalam hidup dapat nasihatkan saya yang entahlaa. di rumah macam cacing kepanasan sahajaa. ad sahaja masalah yang menimpaa. tetapi alhamdulilah sampai sekarang, tiada masalah yang sangat teruk berlaku. cuma banyak ponteng kelas untuk pergi bersukan, aku tahu itu bagus :) tapi, dengan tujuanku yang inginkan 10A+ ? adakah itu bagus? 2minggu tidak masuk kelas. baguslah sangat :(( . insyaAllah, hanya itu mampu aku beri, insyaAllah insyaAllah dan insyaAllah :))

terima kasih atas keprihatinan anda yang membacaa, anak Adam yang baru sedar akan kejahilan diri sendiri. terima kasih Allah kerana menyedarkan aku yang sudah hanyut jauh dalam lautan maksiat. terima kasih Allah, insyaAllah selepas aku habis bersukan. akan aku amalkan tudung yang sentiasa melekat dengan kepalaku. insyaAllah aminn :)

ohyaa, tentang peneman hidup? harap yang seorang lelaki yang baru aku temui ini dapat mengisi kekosongan dalam hati aku yang teramat kosong2 ini. dia mampu buat aku tertawa dan bahagia selalu ketika aku sedih. dia mampu buat aku ketawa terbahak2. dia mampu menjaga hati aku dengan sebaik mungkin. dia dan dia dan dia buat aku bahagia apabila bersamanyaa. pertemuan pertama, dia amat istimewa dalam pemerhatian aku. setelah mengenalinya dengan lebih rapat, memang dia sama sepertiku. sikap perangai dan ke-blank-an kami. hahaha xD baru kenal tak sampai sebulan. mandai2 sahaja cakap sayang? ohyeah, hatiku senang dengan adanya dia. aku berharap dia tidak seperti yang lain2 itu. aku harap cuma dia sahaja yang satu, dn number 1 dalam hati aku. cumaa diaa. insyaAllah aminn~

okelaah, terima kasih :) byebye, assalamualaikum :) <3

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Instagram